TIPS : Berjalan Bersama Si Kecil

Writer : Azura Mohamad, Editor : Syahman Abu Hasan.


Travel bersama si kecil merupakan antara cabaran bagi sesetengah ibu bapa. Apa tidaknya, mungkin sebab terlalu lama di dalam perjalanan jauh, ragam mereka sudah pelbagai fe’ el yang kadangkala agak sukar untuk kita tangani. Almaklumlah, kita juga tidak kurang turut letih sama.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami kongsikan beberapa tips yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda :

1) Sebelum bertolak pastikan anak-anak dalam keadaan yang KENYANG. Sudah pasti jika anak kelaparan, belum pun suku perjalanan anak sudah pun mengadu kelaparan. ‘Ribut’ juga kita nak teruskan perjalanan kalau anak-anak asyik merengek kelaparan di tempat duduk belakang. Boleh hilang fokus pemanduan kita dibuatnya 😅.

2) Seandainya anak-anak sudah kekenyangan, pastikan juga anda membawa sedikit KUDAPAN yang dibeli sebelum bermulanya perjalanan (beli di perjalanan agak mahal harganya. Terutama di stesyen minyak! Boleh garu kepala bila kita mengira jumlah yang telah dihabiskan apabila tiba di rumah nanti😅) sebagai layanan jika mereka mula berasa bosan. Tetapi jangan tersalah pilih kudapan. Pastikan kudapan yang berkhasiat menjadi pilihan untuk anak-anak kita. Bak kata iklan Milo suatu ketika dahulu..

“Membesar Bagai Johan!”

3) Siapkan dahulu dengan membeli sedikit Mainan atau BUKU BAHARU yang disimpan di dalam bonet kereta. Mainan dan buku ini tak perlu yang mahal. Asalkan yang masih belum kita beli sebelum ini. Agak-agak apabila anak sudah meragam, berikan mainan dan buku baharu tadi kepada mereka. Pasti mereka suka dan ceria kembali!

4) Ibu dan ayah bersiap sedia untuk bercerita atau bermain teka-teki. Jika tiada idea, beli sahaja buku teka-teki yang terdapat di kedai buku popular sebagai ‘bekalan’ perjalanan. Juga, dalam sesetengah keadaan, kita boleh bersoal jawab berkenaan bab solat 5 waktu, rukun Iman dan Islam, serta pelajaran ketika di sekolah dan sebagainya di dalam kenderaan. Sambil bergembira dalam perjalanan, kita turut mencurahkan ilmu pada mereka secara tidak langsung. 2 dalam 1 orang kata. Yeay!

5) Biasakan anak-anak memulakan perjalanan dengan bacaan DOA MENAIKI KENDERAAN bersama-sama dengan kita sebagai amalan rutin. Moga perjalanan kita diberkati yang Maha Esa.

6) Selepas pulang bercuti, berikan sedikit KESIMPULAN dan PENGAJARAN sepanjang perjalanan tentang apa yang diperolehi dalam percutian kali ini. Beri peluang juga pada mereka ini bergilir-gilir bercakap dan berkongsi dalam memberikan kesimpulan/pengajaran. Juga apa yang menarik perhatian dan tidak pada pandangan mereka.

Dengan ini, kita akan tahu untuk merancang perjalanan selepas ini tempat apa yang ingin kita tujui berdasarkan minat mereka. Takdelah nanti kita dikatakan ‘syok’ sendiri oleh anak-anak kita. 😜

Ok, setakat ini dahulu perkongsian tips-tips ‘Berjalan Bersama Si Kecil’ dari kami. Moga sedikit sebanyak tips ini dapat memberi manfaat untuk semua😊 Yoshhh!


IKLAN : Tak tahan bau telekung di stesyen minyak dan hentian rehat. Telekung Travel jawapan untuk anda. Mudah dibawa kemana-mana. Klik link ini http://bit.ly/2Eyivau

Leave a comment