PERCUTIAN BUDGET : Tugu Negara dan Taman ASEAN Sculpture , Kuala Lumpur, Malaysia.

Writer : Azura Mohamad, Editor : Syahman Abu Hasan

Tarikh lawatan : 17 Feb 2019

Info Gambar : Pemandangan Tugu Negara yang menghadap pemandangan bangunan pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur.

Perkongsian kali ini kami nak kongsikan tempat lawatan yang agak jarang dilawati oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu ‘Tugu Negara’ yang terletak berhampiran Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana, di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

Info Gambar : Mencari lokasi menggunakan Google Maps hanya perlu taip ‘Tugu Negara’ atau klik : https://maps.app.goo.gl/hdBa8

Info Gambar : Pintu masuk di pagar utama hadapan Tugu Negara.

Pintu utama ini dibuka dari jam 7.00 pagi hinggalah 6.00 petang. Apabila tibanya kami di sana, suasana agak meriah di pintu utama kerana kehadiran banyak bas ekpress yang membawa pelancong dari luar negara. Agak sukar juga untuk kami yang menaiki kereta melepasi laluan untuk mencari parking kerana kehadiran bas ini yang tidak meletakkan bas mereka dengan teratur sehinggakan dari 2 lorong kepada 1 lorong jalan sahaja. Ya, ia sememangnya amat melecehkan.. Malahan kawasan parking yang amat terhad memaksa kami memarking kereta di kawasan yang tidak bertar dan berlecak.. 😅

Info Gambar : Keadaan parking yang amat terhad sehinggakan memaksa kami parking di ruang yang tidak bertar.

Info Gambar : Tugu peringatan yang akan kita temui sebelum melawat Tugu Negara.

Sampai-sampai sahaja kami melepasi pintu pagar utama, kami terpegun sebentar kerana terdapat Tugu Peringatan yang tegak berdiri yang mengabadikan banyak nama perwira yang terkorban suatu ketika dahulu.

Info Gambar : Senarai nama pejuang yang terkorban pada tahun 1914-1918 di Tugu Peringatan ini. Malah terdapat banyak nama lagi yang terkorban pada tahun yang berlainan.

Kawasan sekitar memang cukup luas dan lapang pasti akan menarik minat anak-anak bermain ‘polis-entri’ di sini. Kali ini tugas mak dan ayah untuk berpesan awal pada anak-anak kerana terdapatnya kolam air yang terbuka di kawasan Tugu Peringatan ini yang boleh membahayakan mereka. Dukacita dimaklumkan, kolam air ini juga tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Ia sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan Malaysia pada pelancong luar. Sedih… 😭

Info Gambar : Tugu Negara inilah sebagai bukti sejarah negara kita mempunyai pejuang yang harus diingati dan mensyukuri atas nikmat keamanan yang dikecapi kini.

Info Gambar : Laluan tangga yang menghubungkan ke taman yang cantik di sebelah kawasan Tugu Negara ini.

Di kawasan bawah di sebelah tepi kawasan Tugu Negara, terdapat pintu yang lebih kecil dari pintu utama yang menuruni tangga ke Taman juga dikenali sebagai ‘ASEAN Sculpture Garden’ yang agak luas dan menarik. Terdapat juga mini sungai (saya kira ia adalah sungai buatan) dan juga pokok-pokok bunga menarik minat anak-anak. Juga terdapat kedai-kedai jualan cenderahati sebagai kenangan untuk di bawa pulang.

Info Gambar : Gembira betul bila budak-budak dapat air. Namun saya tidak membenarkan mereka sampai ke tahap mandi manda😅

Info Gambar : Gerai jualan cenderahati yang terdapat di sekitar kawasan taman Arca ini.

Info Gambar : Wahh! Tandas pun dah macam dalam bilik hotel 5 bintang!

Namun sedikit mengecewakan, walaupun keadaan tandas di kawasan Taman ASEAN Sculpture yang cantik, kemas dan bersih terdapat juga beberapa kawasan yang tidak diambil perhatian untuk dijaga. Antaranya adalah arca-arca Asean dan juga surau yang disediakan agak sedikit kotor dan berabuk. Oleh itu, untuk menunaikan solat, terpaksalah kami menuju ke Masjid Negara yang lokasinya tidak terlalu jauh dengan menaiki kereta untuk menunaikan solat Asar.

Info Gambar : Arca Asean hebat ini dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal yang melambangkan pertubuhan dinamik rantau Asean.

Masih mencari lokasi berhujung minggu bersama keluarga? Mungkin Tugu Negara ini salah satu kawasan lawatan pilihan bersejarah untuk anak-anak setelah selesai singgah ke Masjid Negara.

Jom jalan-jalan!
IKLAN : Tak tahan bau telekung di stesyen minyak dan hentian rehat. Telekung Travel jawapan untuk anda. Mudah dibawa kemana-mana. Klik link ini http://bit.ly/2Eyivau


KESIMPULAN

Tarikh kami ke sini: 17 Februari 2019

Yuran : Percuma

Lokasi percutian:

– Tugu Negara, Kuala Lumpur.

– ASEAN Sculpture Garden, Kuala Lumpur

Google Maps : Tugu Negara, 50480 Kuala Lumpur, klik :
https://maps.app.goo.gl/hdBa8

Kepuasan:

Kedua-dua lokasi ini merupakan kawasan yang agak lapang dan selesa. Sesuai untuk membawa anak-anak kecil berjalan-jalan. Ianya totally percuma!

Keadaan anak sungai yang terdapat di ASEAN Sculpture Garden mengalir tenang yang bersih. Taman bunga-bunga yang terjaga baik.

Kekurangan:

Ruang parking yang amat terhad. Malah keadaan yang sibuk kerana perlu berhati-hati dengan bas express pelancong ketika bertembung.

Walaupun kawasan agak lapang, perlu berhati-hati agar anak-anak tidak terjatuh ke kolam yang terbiar di kawasan Tugu Negara.

Tahap kebersihan yang kurang sempurna terutama di Taman ASEAN Sculpture iaitu di surau awam. Juga tahap penambahbaikkan arca-arca yang tidak diambil perhatian.

Tahap kepuasan (maksimum 5🌟):

🌟🌟🌟 1/2 (3.5 bintang)


Perkongsian oleh: Pn. Azura Mohamad

Editor: Mohammad Syahman Abu Hasan

Leave a comment