PERCUTIAN BUDGET : Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia.

Writer : Azura Mohamad, Editor : Syahman Abu Hasan

Tarikh lawatan : 24 Feb 2019

Antara suasana yang terdapat di sini. Terdapat beberapa pokok yang ditanda (terutamanya spesis paya bakau) untuk lebih mudah dikenali.

Pintu Gerbang yang unik dari kayu bakau ini sentiasa menyambut kehadiran pengunjung ke sini.

Untuk kali ini kami nak review suatu tempat yang menarik di Selangor yang sesuai untuk pembelajaran ekosistem alami iaitu di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang.

Lokasi Google Maps. Hanya taip perkataan ‘Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang’. Sangat mudah nak jumpa😉

Untuk kita ke sini, laluan yang paling mudah adalah dengan menggunakan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), anda bolehlah keluar di simpang dari lebuhraya ini yang menghala ke arah Banting. Lokasi Kampung Sijangkang ini terletak bersempadan dengan Klang dan berdaerah Kuala Langat.

Pandu arah sekitar kawasan ini yang banyak membantu (Sumber gambar dari FB Masjid Jamiul Ehsan Sijangkang).

Sedikit info Lebuhraya KESAS :

Merupakan sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan. Lebuhraya Shah Alam adalah lebuhraya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Lebuh raya 34.5 km (21.4 batu) ini dilengkapi dengan lorong motosikal untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal.

Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, lebuh raya ini merupakan laluan utama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

– Info dari https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lebuhraya_Shah_Alam

Banyak rupanya jenis-jenis spesis pokok kayu bakau ni. Baru hari ini saya tahu 😜

Pemandangan indah ketika matahari hampir terbenam di hujung perjalanan titi kayu ini.

Terdapat beberapa buah pondok-pondok rehat, kawasan memanah, ladang lebah kelulut, tempat perkhemahan (tiada kemudahan berkhemah malam) dan laluan titi di paya bakau yang jarak ya lebih kurang 750m ke sungai. Wah! Jarak pergi dan balik boleh mencecah 1.5 kilometer! Bersenam sikit kita ya 😊

Selain daripada itu turut disediakan juga kemudahan surau dan tandas untuk semua pelawat yang hadir.

Bagi yang ingin melalui titi di laluan paya bakau ini, bayaran RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Pihak pengurusan memaklumkan ia perlu dikenakan bagi menampung baik pulih yang perlu untuk mengekalkan kemudahan sedia ada. Pada pendapat saya, ianya terlalu murah dan amat setimpal dengan apa yang telah disediakan.

Disediakan juga beberapa stesyen tempat untuk berehat untuk menghilangkan lelah sebelum sampai ke hujung titi.

Laluan titi sejauh lebih kurang 750 meter ini diperbuat daripada kayu dan berhati-hati ya jika berselisih memang sesuai untuk 2 orang pejalan kaki sahaja. Anak-anak kecil pastikan di perhati kerana ada kawasan titi yang tidak mempunyai penghadang kiri dan kanan terutama apabila sudah berada di pertengahan perjalanan.

Replika Pokok Sijangkang yang dikatakan nama kampung ini adalah berasal dari nama salah satu nama pokok bakau ini (Sumber dari FB Hani Chan)

Tak rugi melawat Taman Rekreasi ini. Selain dapat mengeluarkan peluh, anak-anak dapat mengenali beberapa jenis pokok bakau dan replika pokok ‘Sijangkang’ yang dipamerkan. Tahukah anda nama Kampung Sijangkang juga dikatakan diambil dari nama jenis pokok bakau ini.

Pada yang mencari lokasi untuk menjalankan aktiviti sekolah, tempat kerja atau kemasyarakatan, lokasi ini bolehlah dimasukkan dalam senarai pilihan anda.

Bersama ADUN Kuala Langat YB Dr. Yunus Khairi di salah satu program yang dianjurkan (Sumber dari FB Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang)

Aktiviti bersama SK Pulau Indah (Sumber dari FB Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang)

Pelbagai aktiviti yang boleh diadakan di sini (Sumber dari FB Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang).

Antara program yang telah dilaksanakan (Sumber dari FB Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang).

Johan Anugerah Pemenang Sungai Angkat Terbaik Negeri Selangor (Sumber gambar dari FB Masjid Jamiul Ehsan Sijangkang).

Sekalung tahniah diucapkan atas usaha keras penduduk Kampung Sijangkang atas inisiatif projek ini sehingga di anugerahkan tempat pertama Anugerah Sungai Angkat Terbaik 2018!

Jangan anda tidak tahu, Taman Rekreasi Paya Bakau ini juga telah menarik minat untuk dihadiri oleh rombongan dari Istana iaitu dari DYTM Raja Muda Selangor.

Perjalanan mesra bersama rakyat oleh DYTM Raja Muda Selangor ke Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang (Sumber dari : FB Selangor Royal Office)

Info gambar : Lawatan oleh DYTM Raja Muda Selangor ke Taman Rekreasi Paya Bakau ini. (Sumber dari : FB Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang)

Merasmikan dengan simbolik menanam pokok di taman rekreasi ini. (Sumber dari : FB Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang)

Baginda sempat beramah mesra bersama YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi iaitu Ahli Dewan Negeri N51 Sijangkang.(Sumber dari : FB Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang)

Baginda sempat merasai sendiri pengalaman memanah yang disediakan di sini (Sumber dari : FB Selangor Royal Office)

Berehat sebentar di lokasi yang berada di paling hujung laluan titi paya bakau ini. (Sumber dari : FB Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang)

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk rombongan berkumpulan yang boleh anda lakukan di sini (Sumber dari FB Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang) :

Sukaneka terompah kayu

Kepelbagaian laluan berhalangan

Aktiviti memanah untuk dewasa dan kanak-kanak

Banyakkan aktiviti yang berfaedah yang boleh kita lakukan di sini? Anda pasti tidak sunyi di hujung minggu kerana agak ramai juga pengunjung yang memilih lokasi ini sebagai lokasi meluangkan masa bersama keluarga.

Oklah, sampai sini saja ‘ngomelan’ kami untuk kali ini. Oh ya sebelum terlupa, Sijangkang ni berdekatan dengan Pasaraya Borong GM Klang, Bukit Jugra dan juga Pantai Morib.

Jom, dah alang-alang kita ke sini, kita singgah sekejap ‘cuci mata’ ke Pasaraya Borong GM Klang pula. Mana tahu ada yang berkenan. Aktiviti membeli-belahkan salah satu ‘tonik’ untuk wanita sebelum kembali ke hari bekerja. Yeayy! 😉

Selamat melawat ya!
IKLAN : Tak tahan bau telekung di stesyen minyak dan hentian rehat. Telekung Travel jawapan untuk anda. Mudah dibawa kemana-mana. Klik link ini http://bit.ly/2Eyivau


KESIMPULAN

Tarikh kami ke sini: 24 Februari 2019

Yuran untuk menaiki titi kayu :

Dewasa : RM2.00

Kanak-kanak : RM1.00

Lokasi percutian:

Taman Rekriasi Paya Bakau Kampung Sijangkang. ‘Search keyword’ ini untuk lokasi Google Maps.

Facebook Page : fb://page/1061965540513526

Kepuasan:

Tempat yang mesra poket anda. Sesuai untuk pembelajaran anak-anak mengenali alam terutamanya ekosistem paya bakau. Di sediakan kemudahan tag nama pengenalan jenis pokok kayu bakau. Kawasan bacaan penerangan turut disediakan.

Juga disediakan tempat rehat dan riadah seperti memanah dan laluan berhalangan.

Merupakan salah satu lokasi pilihan untuk aktiviti berkumpulan seperti program cuti sekolah, rekreasi badan kebajikan masyarakat serta kempen kesedaran.

Kekurangan:

Perlu berhati-hati sepanjang laluan titi kayu yang sedikit sempit jika bertembung dengan pengunjung dari arah bertentangan. Juga pertengahan perjalanan yang tidak disediakan penghadang keselamatan kiri dan kanan di titi ini.

Laluan riadah berhalangan yang sedikit kurang terurus.

Tahap kepuasan (maksimum 5🌟):

🌟🌟🌟🌟 (4 bintang)


Perkongsian oleh: Pn. Azura Mohamad

Editor: Mohammad Syahman Abu Hasan

Leave a comment