PERCUTIAN BUDGET : Taman Botani Perdana & Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Writer : Azura Mohammad, Editor : Syahman Abu Hasan

Tarikh lawatan : 7 Nov 2018

Antara koleksi tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Taman Botani Perdana ini.

Dulu-dulu semasa Umi belajar kat UM (Universiti Malaya) adalah saja datang ronda sini dengan kawan-kawan. Di awal perkahwinan pun datang ‘berdating’ sini. Tetapi tak pernah pula masuk ke dalam. Agak ‘jakun’ juga bila masuk sekali lagi kali ini. Banyak juga perubahan.

Anak-anak memang seronok bila dapat bermain di taman permainan yang luas ini.

Nama pun dah bertukar dari Taman Tasik Perdana kepada Taman Botani Perdana. Lokasinya berada di belakang Masjid Negara. Dan.. yang paling best, masuk FREE ya!

Terdapat 3 pintu masuk untuk ke Taman ini. Kami suka masuk pintu ke-3. Lokasinya agak dalam sedikit tapi berdekatan dengan taman permainan. Terdapat 2 kawasan taman permainan yang agak besar. Pertama, betul-betul bersebelahan dengan parking ke-3 yang selalu kami parking sini. Satu lagi kena jalan kaki masuk ke dalam jika anda parking di lokasi seperti kami.

Sediakan air minum lebih sikit ya. Kita akan berpeluh lebih sikit hari ini😜

Berpeluh juga kami berjalan. Tapi percayalah, anda pasti puas berjalan kerana pandangan landskapnya yang cantik dan tersusun. Terdapat beberapa tempat menarik lain di sini. Antaranya adalah pondok-pondok buluh, taman herba, taman orkid dan bermacam-macam lagi. Jadi tak hairanlah semasa kami sampai, ada pengantin ‘berposing sakan’ bergambar. 😊

Pondok buluh yang cantik yang menanti kehadiran anda untuk memeriahkan.

Permandangan sebelah sini yang mengadap sungai.

Jom kita alas perut dahulu. Nanti boleh kita sambung jalan-jalan balik.

Pada yang meminati kepelbagaian jenis tumbuhan, di sini anda bolehlah ‘cuci mata’. Pokok-pokok bonzai yang berusia pun ada juga tau. Kini baru kami tahu yang pokok buluh termasuk dalam golongan spesies rumput rupanya (gedabak besarnya rumput!).

Baru kini aku tahu. Rumput gergasi rupanya. Kenyang bertahun lembu kalau rumput ni boleh dia makan😜

Pada yang letih berjalan, ‘tram’ (ala-ala kenderaan seperti kereta di padang golf tu) turut disediakan untuk kemudahan awam. Dewasa RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00 sahaja. Oh ya, bagi yang mempunyai anak-anak kecil, jangan lupa untuk dibekalkan air minuman. Jauh berjalan pasti kehausan. Ada sebuah kedai di tengah-tengah taman. Itupun Sabtu dan Ahad sahaja ia dibuka (namun, kadang-kadang tutup juga) Umi dan nenek dah siap ‘prepare’ masak nasi siap dengan lauk-pauk sebagai mengalas perut tengah hari nanti. Anak-anak pasti kelaparan bila berjalan dan bermain. Jadi, dapatlah kurangkan budget untuk makanan.

Berhenti berehat sebentar sambil minum dan makan aiskrim.

Posing sikit kat taman bonsai yang tersusun cantik. Skateboard adalah antara pilihan kami jika berjalan di sini.

Pada yang mempunyai basikal, scooter, roller blade atau skateboard, ‘kaki’ anda bolehlah panjang sikit kalau ke sini. Perjalanan agak panjang dan seronok meneroka di taman ini. Kami yang guna skateboard pun tak habis berjalan kat sini.

Jom kita belajar bab botani sikit kat taman ini. Pokok ini namanya pokok Bunga Venezuela 🇻🇪, jauh tau negara asal pokok ini. Beribu-ribu batu..

Antara ikonik Kuala Lumpur ini ialah Muzium Negara. Teringat kembali nostalgia lama ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Balik dari taman ini, kami singgah sebentar ke Muzium Negara atas permintaan nenek. Katanya dah lama sangat tak berjalan di sini. Walaupun hujan lebat kami redah juga. Datang ketika musin tengkujuh memang beginilah yang perlu kami hadap. Namun, sedikit terubat kerana tiket masuk yang amat dan berbaloi iaitu dewasa RM2.00 dan kanak-kanak hanya RM1.00 sahaja.

Sedikit menduka citakan kami, parking di sini agak mahal nilainya iaitu RM8.00 (lebih kurang 2 jam) untuk satu kereta. Rate KL memang macam ni kot? Hahaha.. 😅 Mungkin nak menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan awam seperti LRT yang terdapat betul-betul sebelah bangunan Muzium Negara ini.

Suasana dari tingkat 2 Muzium Negara.

Bolehlah berehat sebentar sambil anak-anak bermain dengan permainan yang disediakan di atas meja.

Suasana yang lapang dan selesa amat menyeronokkan bagi kami yang membawa anak-anak kecil.

Penerangan jenis tengkorak mengikut zaman yang berbeza. Yang dipamerkan ini tengkorak yang sebenar ya! 😫

Terdapat pelbagai jenis keris di sini. Setiap keris mempunyai makna dan digunakan pada waktu yang berbeza mengikut istiadat masyarakat Melayu dahulu.

Upacara yang cukup bersejarah bagi semua rakyat Malaysia 🇲🇾

Ok.. Penat dah berjalan hari ini. Umi berhenti di sini dahulu ya. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat lawatan yang boleh dilawati di sini. Pilih saja, nak berbayar ataupun tidak. Antaranya Taman Burung, Taman Rama-rama, Muzium Kesenian Islam Tugu Negara dan juga Masjid Negara. Juga Planetarium Negara.

Plan and enjoy with your family next holiday ya!!😊
IKLAN : Tak tahan bau telekung di stesyen minyak dan hentian rehat. Telekung Travel jawapan untuk anda. Mudah dibawa kemana-mana. Klik link ini http://bit.ly/2Eyivau


KESIMPULAN

Tarikh kami ke sini: 07 November 2018

Yuran:

Taman Botani Perdana : Percuma

Muzium Negara : Dewasa RM2.00, Kanak-kanak & Warga Emas RM1.00

Lokasi percutian:

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur (Klik sini untuk Google Maps)

Muzium Negara, Kuala Lumpur (Klik sini untuk Google Maps)

Kepuasan:

Taman Botani Perdana: Lokasi cantik dan kemas, taman permainan kanak-kanak yang besar, ruang siar kaki yang selesa (sesuai nak bawa basikal, scooter ataupun skateboard), pokok tumbuhan yang cantik dan terjaga.

Muzium Negara: Besar dan luas, tidak bersesak dengan pengunjung, penerangan tentang zaman dahulu hingga Malaysia kini yang teliti, mempunyai penerangan ‘ala-ala’ wayang yang menyentuh perasaan.

Kekurangan:

Taman Botani Negara: Kekurangan ruang jualan (mesin air tin juga agak kurang memuaskan. Syorkan bawa minuman sendiri), tidak disediakan kemudahan sewa basikal (atau saya yang tak jumpa?) sebab kawasan yang luas.

Muzium Negara: Tandas tiada di dalam Muzium (perlu keluar dan ke sebelah. Kalau hujan lebat seperti kami tempoh hari, memang merungut je la memanjang), sewa parking yang agak tinggi. Penerangan ‘ala-ala’ wayang yang mempunyai kualiti video yang rendah dan kabur.

Tahap kepuasan (maksimum 5🌟):

Taman Botani Perdana: 🌟🌟🌟🌟 (4 bintang)

Muzium Negara: 🌟🌟🌟 (3 bintang)


Perkongsian oleh: Pn. Azura Mohamad

Editor: Mohammad Syahman Abu Hasan

Leave a comment