PERCUTIAN BUDGET : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Writer : Azura Mohammad, Editor : Syahman Abu Hasan

Tarikh lawatan : 17 Sep 2018

Pandangan ‘Eagle Eyes’ (drone DJI Spark) di air terjun buatan di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Alkisahlah, macam biasa cuti-cuti ni biasa mesti Abi akan tanya,

Ada apa-apa ke kita minggu ni?

So Umi pun biasa menge’plan’ lah mana-mana tempat yang nak dilawati. Pada asalnya lawatan ke FRIM (Forest Research Institute of Malaysia), Kepong sahaja. Tapi boleh tersesat jauh ke sini pula 😊. Punya jauh plan nak ke FRIM tapi ke Ipoh pula.. 😅

Papan tanda IPOH di hadapan air terjun buatan yang amat cantik.

Masuk-masuk sahaja kawasan ini, kami disambut dengan air terjun buatan yang cantik. Agak sukar juga kami nak mencari parking. Almaklumlah cuti-cuti sekolah. Tapi sebenarnya ada sahaja disediakan tempat parking yang banyak. Cuma agak jauh sedikit nak menapak nanti.

Kawasan di situ ada disediakan kemudahan gerai-gerai jualan, tandas dan juga surau.

Jom naik bot untuk ke seberang! Beratur tunggu giliran dulu ya.

Harga tiket pula untuk dewasa RM3.00 dan kanak-kanak RM1.50 sahaja untuk menaiki bot ke seberang tasik sana, kami pun beratur pula menunggu bot. Jangan risau kerana ada disediakan 2 buah bot. Jadi tidaklah terlalu lama menunggu ‘turn’ ke taman rekriasi tu. Naik bot ini pun tidaklah lama. Memang jarak yang dekat. Hanya seberang sana sahaja. Oh ya, untuk ke taman rekriasi tu memang kena naik bot dulu ya!

Antara pintu gerbang yang terdapat di sini.

Sampai di sana, kami terpegun dengan kawasannya. Taman yang dikelilingi gunung-gunung, ikan keli Afrika yang besar dan ‘mesra’, 3 buah rumah lama, kawasan permainan yang luas, ada mini zoo antaranya spesis burung, kuda dan rusa.

Antara haiwan yang terdapat di zoo mini di sini ialah rusa dan kuda yang menarik minat anak-anak.

Burung unta yang kelihatan bersih dan sihat. Tapi jangan cuba-cuba bagi makan ya. Mereka akan jadi lebih agresif kalau kita hulur kan makanan.

Kepelbagaian jenis burung dan ayam. Rasa macam nak bawa balik je😜

Di sini juga ada disediakan sewaan basikal dengan harga yang berbaloi. Basikal besar RM5.00 dan basikal kecil pula RM3.00 untuk 1 jam. Lupa pula, terdapat juga gua yang boleh kita singgah dan masuk.

Pandangan luar gua yang berada dihujung tepi sana. Saya cadangkan naik basikal sewa ke sini sebab agak jauh sikit.

Suasana dalam gua. Yang teringin nak masuk gua besar tapi tak kesampaian lagi, bolehlah ‘warm up’ sini dulu.

Kegembiraan terpancar pada wajah 4 beradik ini.

Bersiar-siar santai dengan basikal sewa yang sangat berbaloi kadar sewanya. RM5 dan RM3. Sangat ok. Tapi kena pandai pilih ya. Kalau tak, anda akan dapat yang agak ‘kureng’ kondisinya😅

Si Abang Syahmi tak nak naik basikal. Ini yang dia naik. Hebat juga. Lagi laju dari basikal yang kami tunggang!

Di kawasan seberang sini ada disediakan kemudahan tandas dan surau. Tiada gerai-gerai makanan bila di Taman rekriasi ini ya! Jadi kena bawa makanan dan minuman sendiri. Lagi-lagi yang ada anak kecil seperti kami. Sekejap je dah minta air. Haus katanya..

Kita bergambar sikit jom semua. Posing sikit depan drone. ‘Say Cheese!’

Suasana malam selepas kawasan ini di tutup kepada orang awam.

Last sekali yang buat umi happy sangat dapat beli pokok bunga kertas idaman umi dengan harga RM5 sepokok di kawasan parking di situ. Love it! 😍 Penuh bonet SAGA kami. Haha.. 😜

#familytrip
#thankyouabi
IKLAN : Tak tahan bau telekung di stesyen minyak dan hentian rehat. Telekung Travel jawapan untuk anda. Mudah dibawa kemana-mana. Klik link ini http://bit.ly/2Eyivau


KESIMPULAN

Tarikh kami ke sini: 17 September 2018

Yuran:

Tiket bot RM3.00 dewasa, RM1.50 kanak-kanak.

Basikal untuk 1 jam: RM5.00 basikal dewasa, RM3.00 basikal kanak-kanak.

Lokasi percutian: Taman Rekriasi Gunung Lang, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. (Sila klik link ini untuk lokasi Google Maps)

Kepuasan: Kawasan yang cantik, bersih, kemas dan teratur, mudah mengawal anak-anak, haiwan yang dijaga baik, kemudahan basikal sewa yang amat berpatutan harganya, kawasan parking yang luas.

Kekurangan: Kawasan beratur yang sedikit mengecewakan ketika ramai pengunjung, bilangan haiwan yang terhad, walaupun parking yang luas namun anda pasti merungut tak cukup parking kerana parking luas tersebut sedikit jauh dari pintu masuk utama.

Tahap kepuasan (maksimum 5🌟):

🌟🌟🌟🌟 (4 bintang)


Perkongsian oleh: Pn. Azura Mohamad

Editor: Mohammad Syahman Abu Hasan

Leave a comment